ISU-ISU
COVID-19 di SJKT LOBAK
Pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah
menghalang impian anak-anak didik yang ingin kembali ke sekolah untuk belajar
seperti biasa dan bertemu guru-guru serta rakan-rakan mereka. Di samping itu,
guru-guru juga tidak dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti
biasa dan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid.
Sehubungan
dengan itu, warga guru SJKT Lobak telah mengambil pelbagai inisiatif dalam
memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada anak didik
terus berjalan walaupun dalam keadaan sukar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Menyedari bahawa isu
pembelajaran semasa pelaksanaan PKP ini melibatkan setiap lapisan murid, pihak
sekolah telah mengadakan beberapa sesi perbincangan secara online. Para guru
juga menyediakan latihan dalam Portal Digital iaitu Google Classroom.
Murid-murid telah dibekalkan dengan kata laluan untuk mengakses nota dan
latihan yang diberikan.
Namun demikian, pihak sekolah sedar bahawa
bukan semua murid memiliki kemudahan Internet dan komputer di rumah untuk belajar secara dalam talian. Majoriti
murid memiliki akses kepada media sosial iaitu Whatsapp. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menetapkan
jadual pembelajaran dan disebarkan melalui Whatsapp bagi memudahkan murid
menerima input dan menyiapkan segala latihan tanpa sebarang bebanan. Guru-guru
turut mendapat kerjasama penuh daripada ibu bapa dimana mereka telah
bersama-sama sekolah dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah.
No comments:
Post a Comment